۲٢٠- عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَرْفَعُ يَ حَذْوَ مَنْكِبَيْهِ إِذَا افْتَتَحَ الصَّلاةَ، وَإِذَا كَبَّرَ لِلرُّكُوعِ، وَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنْ الرُّكُوعِ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
وَفِي حَدِيثٍ أَبِي حُمَيْدٍ عِنْدَ أَبِي دَاوُدَ: يَرْفَعُ يَدَيْهِ حَتَّى يُحَاذِيَ بِهِمَا مَنْكِبَيْهِ، ثُمَّ يُكَبِّرَ. وَلِمُسْلِمٍ عَنْ مَالِكِ بْنِ الْحُوَيْرِثِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ نَحْو حَدِيثِ ابْنِ عُمَرَ، وَلَكِنْ قَالَ: حَتَّى يُحَاذِيَ بِهِمَا فُرُوعَ أُذُنَيْهِ
221. Dari Ibn Umar (r.a) bahwa Nabi (s.a.w) selalunya mengangkat kedua
telapak tangannya sejajar dengan kedua bahunya jika membuka solat(nya),
jika bertakbir untuk rukuk dan jika mengangkat kepalanya dari rukuk.”
(Muttafaq 'alaih)
Di dalam hadis Abu Humaid yang diriwayatkan oleh Abu Dawud disebutkan
seperti berikut: "Baginda mengangkat kedua telapak tangannya hingga
keduanya sejajar dengan kedua bahunya, kemudian mengucapkan takbir."
Menurut riwayat Muslim melalui Malik ibn al-Huwairits telah disebutkan
hadis yang sama dengan hadis Ibn Umar, tetapi dikatakan: "Hingga kedua
telapak tangannya lurus sejajar dengan hujung kedua telinganya."
Makna Hadis
Mengangkat kedua tangan ketika takbiratul ihram di dalam solat adalah
disyariatkan berdasarkan ijmak ulama. Akan tetapi dilarang dilakukan
ketika mengucapkan salam, sedangkan apabila dilakukan ketika berpindah
untuk rukuk dan mengangkat kepala dari rukuk, serta ketika berdiri dari
tasyahhud pertama untuk rakaat yang ketiga masih diperselisihkan. Hadis
yang menceritakan hal tersebut cukup banyak. Pendapat inilah yang dianut
oleh Imam al-Syafi'i dan Imam Ahmad, dan ini merupakan salah satu daripada
riwayat Imam Malik. Ulama Kufah tidak menganut pendapat ini dan ini
merupakan pendapat masyhur di kalangan mazhab Imam Malik.
Analisis Lafadz
"berhadapan dan sejajar dengan kedua bahunya. Nabi (s.a.w) mengangkat
kedua tangannya hingga jari jemari kedua tangannya sejajar dengan bagian
atas kedua telinganya, sedangkan kedua ibu jarinya sejajar dengan bagian
bawah kedua telinganya, dan telapak tangannya sejajar dengan kedua
bahunya.
menurut hadis Abu Humaid yang diriwayatkan وَفِي حَدِيثٍ أَبِي حُمَيْدٍ عِنْدَ أَبِي دَاوُدَ
oleh Abu Dawud lafadznya disebutkan seperti berikut:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ يَرْفَعُ يَدَيْهِ حَتَّى يُحَاذِيَ بِهِمَا مَنْكِبَيْهِ، ثُمَّ يُكَبِّرُ حَتَّى يَقِرَّ كُلُّ عَظْمٍ فِي مَوْضِعِهِ مُعْتَدِلاً، عَظْمٍ فِي مَوْضِعِهِ مُعْتَدِلاً، ثُمَّ يَقْرَأُ ثُمَّ يُكَبِّرُ فَيَرْفَعُ يَدَيْهِ حَتَّى يُحَاذِيَ بِهِمَا مَنْكِبَيْهِ، ثُمَّ يَرْكَعُ وَيَضَعُ رَاحَتَيْهِ عَلَى رُكْبَتَيْهِ، ثُمَّ يَعْتَدِلُ وَلَا يُصَوِّبُ رَأْسَهُ وَلَا يُقْنِعُ، ثُمَّ يَرْفَعُ رَأْسَهُ، فَيَقُولُ: سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، ثُمَّ يَرْفَعُ يَدَيْهِ حَتَّى يُحَاذِيَ بِهِمَا مَنْكِبَيْهِ مُعْتَدِلاً، ثُمَّ يَقُولُ: اللَّهُ أَكْبَرُ، ثُمَّ يَهْوِي إِلَى الْأَرْضِ فَيُجَافِي يَدَيْهِ عَنْ جَنْبَيْهِ، رْفَعُ رَأْسَهُ وَيَثْنِي رِجْلَهُ الْيُسْرَى فَيَقْعُدُ عَلَيْهَا وَيَفْتَحُ أَصَابِعَ رِجْلَيْهِ إِذَا سَجَدَ وَيَسْجُدُ، ولَ اللهُ أَكْبَرُ، وَيَرْفَعُ رَأْسَهُ وَيَثْنِي رِجْلَهُ الْيُسْرَى فَيَقْعُدُ عَلَيْهَا حَتَّى يَرْجِعَ كُلُّ عَظْمٍ إِلَى مَوْضِعِهِ، ثُمَّ يَصْنَعُ فِي الْأُخْرَى مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ إِذَا قَامَ مِنَ الرَّكْعَتَيْنِ كَبَّرَ وَرَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى يُحَاذِيَ بِهِمَا مَنْكِبَيْهِ كَمَا كَبَّرَ عِنْدَ افْتِتَاحِ الصَّلَاةِ، ثُمَّ يَصْنَعُ ذَلِكَ فِي بَقِيَّةٍ صَلَاتِهِ حَتَّى إِذَا كَانَتِ السَّجْدَةُ الَّتِي فِيهَا التَّسْلِيمُ أَخَّرَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى وَقَعَدَ مُتَوَرِّكًا عَلَى شِقْهِ الْأَيْسَرِ.
“Jika Rasulullah (s.a.w) telah berdiri dalam solatnya, baginda mengangkat
kedua tangannya hingga mensejajarkan keduanya dengan kedua bahunya, lalu
bertakbir hingga setiap anggota tubuhnya telah berdiri dengan tegak.
Kemudian baginda membaca (al-Qur'an), lalu bertakbir dan mengangkat kedua
tangannya hingga mensejajarkan keduanya dengan kedua bahunya, lalu rukuk
dan meletakkan kedua telapak tangannya pada kedua lututnya dan meluruskan
(tulang belakangnya) tanpa mendongakkan kepala dan tanpa menundukkannya.
Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan membaca: "سمع الله لمن حمده" (Allah Maha Mendengar orang yang memuji-Nya)
serta mengangkat kedua tangannya hingga mensejajarkan keduanya dengan
kedua bahunya dalam keadaan i̇'tidal. Setelah itu baginda membaca: "الله اكبر" lalu menyungkur ke tanah (bersujud) dan
menjauhkan kedua tangannya dari kedua sisi lambungnya. Kemudian baginda
mengangkat kepalanya dan melipat telapak kaki kirinya, dan baginda selalu
melekukkan ke bahagian dalam semua jari kedua telapak kakinya apabila
hendak sujud, lalu baginda sujud. Selelah itu baginda membaca: "الله اكبر" seraya mengangkat kepalanya (dari sujud), lalu
melipat kaki kirinya dan duduk di atasnya hingga semua angota tubuh
kembali ke posisinya secara normal, dan baginda melakukan hal yang serupa
dalam rakaat yang lain. Kemudian jika baginda berdiri dari rakaat kedua,
maka bertakbirlah seraya mengangkat kedua tangannya hingga sejajar dengan
kedua bahunya, sebagaimana apa yang telah baginda lakukan dalam pembukaan
solat. Kemudian baginda melakukan hal tersebut pada rakaat solat yang
berikutnya. Hingga apabila sampai pada rakaat yang di dalamnya terdapat
salam, maka baginda mengeluarkan kaki yang sebelah kiri dan duduk tawarruk
pada sisi kiri buntutnya."
حَتَّى يُحَاذِيَ بِهِمَا مَنْكِبَيْهِ ungkapan ini menunjukkan batas mengangkat kedua tangan, yaitu hingga sampai ke kedua bahu.
ويضع راححتيه على ركبتيه meletakkan kedua telapak tangannya pada kedua
وَلَا يُصَوِّبُ رَأْسَهُ وَلَا يُقْنِعُ tidak menundukkan kepalanya dari tulang belakang ke arah bawah dan tidak pula mengangkatnya hingga kepala lebih tinggi dari tulang belakang. Dengan arti kata lain, Nabi (s.a.w) meratakan tulang belakang dan kepalanya ketika sedang rukuk.
"فَيُجَافِي يَدَيْهِ عَنْ جَنْبَيْهِ" menjauhkan kedua siku dari kedua sisi lambung ketika sedang sujud.
"ويفتح أصابع رجليه"melemaskan dan melipatnya. Dengan erti kata lain,
baginda menjadikan bahagian dalam jari jemari kakinya ke tanah dan
menghadapkan hujung-hujung jarinya ke arah kiblat.
ثُمَّ يَصْنَعُ فِي الْأُخْرَى مِثْلَ ذَلِكَ kemudian dalam rakaat kedua baginda melakukan hal yang sama seperti yang telah baginda lakukan dalam rakaat pertama.
أَخَّرَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى" mengeluarkan kaki yang sebelah kiri dari bawah tempat duduknya ke sebelah kanan.
“وقعد متوركا”duduk dengan berlandaskan pada sisi kiri buntutnya ke
tanah.
نَحْوُ حَدِيثِ ابْنِ عُمَرَ serupa dengan hadis Ibn Umar
حَتَّى يُحَاذِيَ بِهِمَا فُرُوعَ أُذُنَيْهِ hingga kedua telapak tangannya sejajar rata dengan ujung kedua telinganya. Hikmah bertakbir dengan cara demikian adalah mengagungkan perbuatan yang hendak dilakukan sekali gus mengetepikan dunia dan menghadap solat dengan sepenuh hati sebagai sarana bermunajat kepada Allah hingga perbuatannya itu sesuai dengan ucapan "الله أكبر" itu.
Fiqh Hadis
- Disyariatkan mengangkat kedua tangan ketika melakukan takbiratul ihram, rukuk, mengangkat kepala dari rukuk dan berdiri daripada tasyahhud pertama seperti mana yang telah ditetapkan oleh hadis Ibn Umar menurut riwayat al- Bukhari disertai dengan tambahan yang disebutkan pada riwayat yang lain iaitu bacaan: "سمع الله لمن حمده" ketika mengangkat kepala daripada rukuk. Imam Malik, Imam al-Syafi'i dan Imam Ahmad berkata: "Batasan mengangkat kedua tangan adalah sejajar dengan kedua bahu." Sedangkan Imam Abu Hanifah berkata: "Batasan mengangkat kedua tangan sampai sejajar dengan kedua telinga."
- Menjauhkan kedua siku dari kedua sisi lambung ketika sedang sujud.
- Disyariatkan meratakan kepala dengan tulang belakang ketika melakukan rukuk.
- Disunatkan duduk di antara dua sujud dengan cara duduk iftirasy dan duduk dalam tasyahhud akhir dengan cara duduk tawarruk. Apa yang disunatkan ialah cara duduk, bukan duduknya itu sendiri, kerana perbuatan duduk itu sendiri merupakan rukun solat.
diambil dari penjelasan video tersebut
0Komentar